KS2KM 19/20
Hari ini adalah Karnival Sukan Kolej Keris Mas 2019/2020 (KS2KM 19/20). Karnival ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 27 dan 28 September 2019. Tujuan mengadakan KS2KM adalah untuk menceburi bakat-bakat atlet yang terdapat di Kolej Keris Mas.
Saya adalah dari Rumah Hijau. Sebelum karnival ini berlangsung, saya telah menyertai aktiviti cat bendera Rumah Hijau dan juga menghiaskan khemah Rumah Hijau bersama-sama dengan ahli Rumah Hijau yang lain. Dengan melalui aktiviti-aktiviti ini, kami telah dapat menjalin hubungan antara satu sama lain kerana kami membuat sesuatu secara berkumpulan. Kerjasama antara kami adalah sangat penting bagi menjayakan aktiviti kami ini.
Antara kategori sukan yang terdapat dalam KS2KM termasuk badminton, sepak takraw, bola keranjang, bola baling, tarik tali dan lain-lain. Pertandingan badminton dan juga sepak takraw telah dilangsung pada 27 September. Saya berasa sangat bangga bahawa Rumah Hijau telah berjaya mendapat 2 pingat emas setakat ini. Saya amat berharap Rumah Hijau boleh mendapat JOHAN dalam KS2KM bagi tahun ini.
RUMAH HIJAU KUAT KUAT!!!
#bangsakerismas
Comments
Post a Comment