Tingkatan 6

KEHIDUPAN TINGKATAN 6 SAYA





             Ini adalah kawan-kawan saya semasa saya berada di Tingkatan 6 selama setahun 6 bulan. Saya merupakan pelajar Maktab Sultan Abu Bakar, Johor bagi sesi 2017/2018.

             Di sini, saya turut mengenali ramai kawan baru yang datang dari sekolah menengah yang lain. Kami semua cepat mengenali antara satu sama lain kerana masa kami berada di maktab adalah sangat panjang, iaitu dari 6.30 pagi hingga 3.30 petang. Oleh itu, kami sentiasa makan bersama-sama pada waktu rehat pagi dan rehat petang, main bersama-sama apabila guru tiada dalam kelas😂. Namun begitu, kami semua sangat serius terhadap pelajaran kami. Oleh itu, kami sentiasa bertemu di perpustakaan awam semasa hujung minggu untuk belajar bersama-sama.




              Gambar di atas merupakan hari pengumuman keputusan STPM kami. Kami semua hadir ke sekolah untuk mengambil slip keputusan dan bertemu antara satu sama lain kerana sudah lama tidak berjumpa disebabkan oleh semua orang telah bekerja dan tidak mempunyai masa untuk bertemu. Kami juga bertemu dengan guru-guru yang kami amat hargai pada hari tersebut. Guru kami telah memberi nasihat supaya kami semua tidak berputus asa dan mendorong kami untuk sambung belajar di universiti.

Comments